Aplikasi Digital Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Async merupakan inisiatif digital Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang dibangunkan untuk menyelaras, mengurus dan mempercepatkan akses kepada pelbagai data, profil sekolah, maklumat pegawai, serta sistem sokongan operasi jabatan secara lebih sistematik, cekap dan bersepadu.
Dengan pendekatan asynchronous (tanpa gangguan masa nyata), portal ini membolehkan pengguna membuat kemas kini, rujukan dan pelaporan secara selari dan fleksibel, selaras dengan aspirasi transformasi digital pendidikan negeri.
"Komited dalam menyediakan sokongan teknikal ICT yang holistik untuk memperkasakan pengurusan dan pembelajaran digital sekolah."